Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sunday, 26 August 2012

Emas membantu anda


Cer lihat anak panah tu kemana??

jeng..jeng..jeng...

Gambarajah diatas adalah struktur aliran sesorg yg gagal menguruskan kewangan...


Knp? Sbb dimana anda letakkan diri anda setelah anda bertungkus lumus slma 30hari bekerja dan menerima gaji pd setiap hujung bulan.??

DIMANA GAJI UTK DIRI ANDA??


ayuh kita kenali
A) Income: sesuatu yg terhasil dan memberikan +ve cash flow
B) Expenses: Sesuatu perbelanjaan yg DAPAT kita kawal
C) Liabiliti: Sesuatu yg diibaratkan tanggungan diDALAM kawalan
D) Aset: Sesuatu yg boleh mendatangkan keuntungan @ +ve cash flow...

Bagaimana utk mengubah struktur aliran seorang yg gagal kpd seorang yg cerdik??

begini:
Bahagikan 2/3 dari nilai Liabiliti anda dan mst di letakkan kedalam ruang ASET, kemudian ASET akan membantu membayar Liabiliti anda..

Gaji: RM2500,
Tanggungan: (50%)=rm1250.

Pembahagian: 2/3 dri jumlah tanggungan 2/3 x rm1250 = rm833. Dari penbahagian ini, anda boleh mendapatkan emas 916 seberat 5g.Ruangan ASET anda tercatit 5g emas dan bagaimana ASET dapat membantu menyara tanggungan anda bernilai RM1250?

Ruangan had maximum pinjaman bank adalah 60%, dan tanggungan anda pula adalah 50%, perbezaan 10% ini boleh anda rezabkan utk pinjaman ASB umpamanya (LASB 30k, selama 25thun, yg memberikan pulangan ROI 35% tempoh 3thun..nt kita cite)

5g emas td boleh kita dapatkan pinjaman dari pusat2 pajak gadai islam (arrahnu), Cth kira2: A) 5g x rm160 x 60%=rm480 B) 1/3 dri tanggungan anda=rm416 Jumlah A+B=896, maka anda kekurangan rm354 yg mana anda boleh mengambilnya dari Gaji penuh anda. Bersih gaji anda tinggal adalah rm896. Maka, agihkan jumlah ini untuk ruangan "Expenses"

Kesimpulan ringkas: INCOME: Gaji RM2500 ASSET: 5g (pegangan hak 40%) LIABILITY: RM1250 EXPENSES: RM896.
cth ruangan LIABILITY boleh memberikan/mengisi ruangan "ASSET" yg baik adalah dgn Pinjaman ASB, iyanya juga akan membantu aliran kewangan anda yg berada di ruangan "EXPENSES" atau ruangan "LIABILITY" itu sendiri

Kesimpulan ringkas:
INCOME: Gaji RM2500
ASSET: 5g (pegangan hak 40%) LIABILITY: RM1250
EXPENSES: RM896

Ayuh kita lihat pembahagian LIABILY yang bermanfaat kpd kita.....

kebiasaannya kpd mrk yg memiliki gaji sebanyak ini akan lebih membangga diri..dan ini bukanlah perkembangan yg positif...antara pembahagian yg sering mrk lakukan adalah: byr ansuran kereta RM600, bil telipon rm200, byran pinjaman pembelajaran rm300, pembayaran pinjaman peribadi rm150..belom dimasokkan penggunaan kad kredit..huh..saranan sy saving tercatat di ruangan EXPENSES

ttpi bagaimana dgn saranan sy LIABILITY pembahagian ke pembayaran kereta sebanyak RM600/bulan dibayar kpd pinjaman ASB 100k (diikat selama 25thun, dan byran bulanan rm600) pd thun berikutnya anda akan menerima div 7%=rm7000. Dgn div tersebut, anda boleh membuat byran kereta bernilai rm580 sebulan..tidakkah ini 1 percaturan yg bijak..dan pabila kereta anda habis byr selama 7-9thun, anda tlh ada saving sbyak 40% sepanjang anda membayar ansuran kereta..40%=rm25.2k (rm7000 x 9thun x 40%)

disini anda tlh ada 2 tpt saving, di ruangan EXPENSES (short term saving) serta ruangan LIABILITY (long term saving), dan semestinya ASET anda adalah merangkumi short, mid n long term saving.

Friday, 23 December 2011

DIFINASI DARI HUKUM SYARAK

AR-RAHNU----:


Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............." (Surah al-Muddaththir 74:38)

Pengertian , Hukum dan Rukun Ar-Rahnu

1. Pengertian
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima".
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar".


Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.


2. Hukum

Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya" (Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya" (Riwayat Tirmidzi)

3. Rukun

Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang.
Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman.
Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman.

Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang.
Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian.

TAHUKAH ANDA..??

Artikal menarik...click pada gambar utk berita penuh....

..............Logam berharga dari emas dan perak adalah didorong oleh pelbagai faktor, termasuk bekalan wang, tahap hutang, mata wang, spread CDS, kadar faedah, inflasi dan permintaan fabrikasi dari sektor hiliran seperti barang kemas, elektronik, dan aplikasi solar.................



..............Emas mencapai paras tertinggi rekod baru nominal dalam jurusan semalam dan tetap dekat dengan tinggi rekod ini hari ini dan berhampiran dengan mencatatkan paras tertinggi dalam kebanyakan mata wang fiat. Emas melonjak 4.2% pada dolar Australia semalam - dari $ 1478 hingga $ 1.540 AUD 1516 AUD. Emas adalah sehingga hampir 12% dalam dolar Australia sejak 1 jul - dari $ 1,380 hingga $ 1,551 hari ini AUD.
               Ini menunjukkan bahawa perhimpunan emas adalah menyeluruh dan tidak semata-mata satu fenomena dolar AS. 
Hal ini menunjukkan bahawa pasaran dan pasaran mata wang khususnya bimbang mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi, yang semakin meningkat tekanan inflasi dan berterusan penurunan nilai mata wang......................

KELEMAHAN EMAS VS WANG

YANG MANA SATU BERNILAI (DUIT @ EMAS)


Emas/perak telah digunakan sebagai wang sejak 2600 tahun lalu.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Wang kertas pada mulanya adalah resit simpanan emas/perak. Tetapi lama kelamaan hubungan ini telah diputuskan. Wang kertas kini adalah wang fiat (tidak disandarkan kepada sesuatu yg bernilai.

1910:   Bermulanya penipuan wang kertas

1913:   Penubuhan the Federal Reserve Department (FRD). Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank.

1914:   Perang Dunia Pertama (Bermula)

1918:   Perang Dunia Pertama (Tamat)

1919:   British mengusai Bandar Jerusalem. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian.

1924:   Runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

1929:   Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran

1934:   Kerajaan Amerika Syarikat, nilai matawang USD bersandarkan kepada nilai komoditi emas  UDS $35.00/oz.

1944:   Selepas Perang Dunia Kedua tamat dolar US dollar adalah mata wang dunia paling penting.
Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa UDS $35.00 bersamaan dengan satu auns emas.

1945:   International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan

1947:   Perang Dingin; terjadi konflik, ketegangan, dan kompetisi antara Amerika Serikat (beserta sekutunya disebut Blok Barat) dan Uni Soviet (beserta sekutunya disebut Blok Timur)

1948:   Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

1966:   Nilai Pound British telah turunkan `. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
1968:   "Bretton Woods" era: Krisis emas pada 17 Mac 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00/oz tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik.

1971:   Kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF.

1973:   Kejatuhan Dolar Amerika

1975:   President Nixon: Sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik.

1980:   Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. USD $850/oz pada 21 Januari 1980. Kenaikan harga minyak mentah petroleum, RUSIA (Soviet Union) menjajah Afghanistan & berlakunya Revolusi Iran.

1991:   Perang Dingin (Tamat)

1997:   Krisis ekonomi Asia, Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai.
                        Krisis 97/98 yang mana mata wang Kerajaan Malaysia dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

1999:   Rekod terendah USD $252.90/oz pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Bank Pusat Dunia megurangkan & meghadkan pengeluaran & penjualan syiling emas melibatkan perjanjian 15 bank pusat Eropah harga emas naik ke USD $338.00/oz pada Okt 1999.
                        EUR / Euro diwujud pada Januari 1, 1999. Ia telah menyatupadukan 11 buah negara Eropah dalam satu daripada perikatan ekonomi paling berkuasa dalam dunia. Ia berkongsi barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan pengeluaran  dunia sebanyak 20%. Kawasan Euro meliputi Austria, Belgium, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, negeri Portugal, Finland dan Perancis.

2003:   Amerika menjajah Iraq. Emas mula dijadikan sebagai portfolio simpanan pelaburan selamat.

2005:   Harga emas telah meningkat oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.

2006:   Harga emas naik USD $600/oz ~ USD $730/oz (April ~Mei) disebabkan faktor kelemahan nilai US dolar, kenaikan harga minyak mentah petroleum dan kerisauan politik global (Program nuklear Iran). Nilai emas jatuh USD $543/oz disebabkan spekulasi dan manipulasi oleh pelabur melalui pengambilan untung

2008:   Krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
                        Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

2010:   Berita bertarikh (02/03/2010):merujuk pernyataan Dominique Strauss-Kahn, the head of the International Monetary Fund; IMF menyerukan untuk meninggalkan US$.
                        Kebangkitan kuasa ekonomi Negara China & India mempengaruhi nilai matawang USD terutama perang matawang China Yuan & USD.
                        Nov 2010; Ketegangan Korea Utara & Korea Selatan mempengaruhi harga emas semasa.

KELEMAHAN WANG KERTAS
  1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
  2. Ada had sempadan
  3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
  4. Mudah rosak.
  5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
  6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai. Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!

KESIMPULAN:
Wang masih disandarkan pada emas & perak. ^_^ Adakah anda tahu siapa pemegang rizab emas dunia.....?

A gold reserve is the gold held by a central bank or nation intended as a store of value and as a guarantee to redeem promises to pay depositors, note holders (e.g., paper money), or trading peers, or to secure a currency.”



KEISTIMEWAAN EMAS
  1. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
  2. Mempunyai nilai intrinsik
  3. Tidak boleh dibinasakan
  4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
  5. Tidak boleh dicipta
  6. Price to weight ratio yang tinggi
  7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

HAH...

MEMO BANK RAKYAT


ILMU PEMBELIAN EMAS


SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.


Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.