Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Friday, 23 December 2011

KELEMAHAN EMAS VS WANG

YANG MANA SATU BERNILAI (DUIT @ EMAS)


Emas/perak telah digunakan sebagai wang sejak 2600 tahun lalu.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Wang kertas pada mulanya adalah resit simpanan emas/perak. Tetapi lama kelamaan hubungan ini telah diputuskan. Wang kertas kini adalah wang fiat (tidak disandarkan kepada sesuatu yg bernilai.

1910:   Bermulanya penipuan wang kertas

1913:   Penubuhan the Federal Reserve Department (FRD). Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank.

1914:   Perang Dunia Pertama (Bermula)

1918:   Perang Dunia Pertama (Tamat)

1919:   British mengusai Bandar Jerusalem. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian.

1924:   Runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

1929:   Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran

1934:   Kerajaan Amerika Syarikat, nilai matawang USD bersandarkan kepada nilai komoditi emas  UDS $35.00/oz.

1944:   Selepas Perang Dunia Kedua tamat dolar US dollar adalah mata wang dunia paling penting.
Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa UDS $35.00 bersamaan dengan satu auns emas.

1945:   International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan

1947:   Perang Dingin; terjadi konflik, ketegangan, dan kompetisi antara Amerika Serikat (beserta sekutunya disebut Blok Barat) dan Uni Soviet (beserta sekutunya disebut Blok Timur)

1948:   Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

1966:   Nilai Pound British telah turunkan `. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
1968:   "Bretton Woods" era: Krisis emas pada 17 Mac 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00/oz tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik.

1971:   Kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF.

1973:   Kejatuhan Dolar Amerika

1975:   President Nixon: Sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik.

1980:   Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. USD $850/oz pada 21 Januari 1980. Kenaikan harga minyak mentah petroleum, RUSIA (Soviet Union) menjajah Afghanistan & berlakunya Revolusi Iran.

1991:   Perang Dingin (Tamat)

1997:   Krisis ekonomi Asia, Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai.
                        Krisis 97/98 yang mana mata wang Kerajaan Malaysia dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

1999:   Rekod terendah USD $252.90/oz pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Bank Pusat Dunia megurangkan & meghadkan pengeluaran & penjualan syiling emas melibatkan perjanjian 15 bank pusat Eropah harga emas naik ke USD $338.00/oz pada Okt 1999.
                        EUR / Euro diwujud pada Januari 1, 1999. Ia telah menyatupadukan 11 buah negara Eropah dalam satu daripada perikatan ekonomi paling berkuasa dalam dunia. Ia berkongsi barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan pengeluaran  dunia sebanyak 20%. Kawasan Euro meliputi Austria, Belgium, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, negeri Portugal, Finland dan Perancis.

2003:   Amerika menjajah Iraq. Emas mula dijadikan sebagai portfolio simpanan pelaburan selamat.

2005:   Harga emas telah meningkat oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.

2006:   Harga emas naik USD $600/oz ~ USD $730/oz (April ~Mei) disebabkan faktor kelemahan nilai US dolar, kenaikan harga minyak mentah petroleum dan kerisauan politik global (Program nuklear Iran). Nilai emas jatuh USD $543/oz disebabkan spekulasi dan manipulasi oleh pelabur melalui pengambilan untung

2008:   Krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
                        Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

2010:   Berita bertarikh (02/03/2010):merujuk pernyataan Dominique Strauss-Kahn, the head of the International Monetary Fund; IMF menyerukan untuk meninggalkan US$.
                        Kebangkitan kuasa ekonomi Negara China & India mempengaruhi nilai matawang USD terutama perang matawang China Yuan & USD.
                        Nov 2010; Ketegangan Korea Utara & Korea Selatan mempengaruhi harga emas semasa.

KELEMAHAN WANG KERTAS
  1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
  2. Ada had sempadan
  3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
  4. Mudah rosak.
  5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
  6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai. Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!

KESIMPULAN:
Wang masih disandarkan pada emas & perak. ^_^ Adakah anda tahu siapa pemegang rizab emas dunia.....?

A gold reserve is the gold held by a central bank or nation intended as a store of value and as a guarantee to redeem promises to pay depositors, note holders (e.g., paper money), or trading peers, or to secure a currency.”



KEISTIMEWAAN EMAS
  1. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
  2. Mempunyai nilai intrinsik
  3. Tidak boleh dibinasakan
  4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
  5. Tidak boleh dicipta
  6. Price to weight ratio yang tinggi
  7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

No comments:

Post a Comment